Makanan Tradisional Kegemaran Keluaran Negeri Sabah

Kuih Lidah merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Daerah Papar dan telah diusahakan secara kecil-kecilan. Di antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Kuih Lidah seperti tepung gandum. susu tepung, gula halus, mentega dan minyak masak. Cara pemprosesan Kuih Lidah juga agak rumit.

Atas inisiatif dan kesungguhan AJK BHEW/KPWM Kampung Berundung Papar dengan bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Papar, FAMA, KEMAS dan Jabatan Pertanian seperti memberikan khidmat nasihat, kursus pemasaran, pembungkusan dan pelebalan makanan. Selain itu, pendedahan ahli BHEW/KPWM kepada aktiviti pameran dan jualan di dalam setiap karnival, ekspo dan promosi yang dianjurkan oleh pihak FAMA. Kuih Lidah telah berjaya menembusi pasaran di seluruh negeri Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.

Kesinambungan daripada bantuan khidmat nasihat dan kursus yang diberikan kepada ahli BHEW/KPWM Kampung Berundung Papar, FAMA telah melangkah ke hadapan lagi dengan membantu menyediakan pembungkusan yang lebih menarik bagi Kuih Lidah. Berikutan dengan pembungkusan yang menarik daripada FAMA, ahli BHEW/KPWM Kampung Berundong Papar telah mempelbagaikan citarasa bagi kuih ini seperti perisa strawberi, vanilla, coklat dan kacang hijau.

Atas bimbingan dan sokongan pihak FAMA Negeri Sabah produk Kuih Lidah dari Kampung Berundung Papar telah terpilih mewakili Daerah Papar ke pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan di MITC Air Keroh Melaka pada 6hb – 8hb April 2006 yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak “ Produk Desa Ke Persada Antarabangsa” dan pada 1hb November 2008, Kuih LIdah telah dicalonkan ke pertandingan Ilham Desa peringkat Zon Sabah/W.P Labuan di INFRA Bangi Selangor Darul Ehsan dan mendapat Johan yang dianjurkan oleh Infra dan KKLW.







MAKLUMAT PERMAKANAN BAGI SETIAP 10 g / 100 g HIDANGAN


Info Produk Kuih Lidah

Perisa Biasa

  • RM 2.50 / 200 g
  • RM 12.50 / 1 Kg

Perisa Vanila Dan Coklat

  • RM 3.50 / 200 g
  • RM 15.00 / 1 Kg

Harga tidak termasuk penghantaran













UNTUK MEMBUAT PESANAN SILA ISI KAN BORANG DI BAWAH:
PASTIKAN ANDA MEMBUAT PEMBAYARAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGISI BORANG PESANAN DAN ATTACH KAN SLIP PEMBAYARAN ANDA DALAM BORANG PESANAN SEKIRANYA TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN. JIKA TIDAK ADA RESPON DARI KAMI SELAMA 7 HARI SILA HUBUNGI KAMI DI NO TELEFON TERTERA DI ATAS:


Pembayaran Perlu Di Buat Kepada:
Agro Bank: 1001911000000430 GDW Kg Berundung

2 comments:

  1. hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

    ReplyDelete
  2. berapa kos penghantaran utk sabah

    ReplyDelete